Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH


Saya yakin proses pembelajaran bukanlah sesuatu yang mudah. Pasti akan ada situasi jatuh dan bangun. Namun, bagi setiap individu yang benar-benar ingin menuntut ilmu, sudah tentu kegagalan yang dihadapi tidak dianggap sebagai suatu penghalang untuk mencapai kejayaan. Bangkitlah, dan teruskan mengejar impianmu. Berikan hadiah dan banggakan ibu ayah dengan segulung Ijazah Sarjana Muda. Oleh itu, jangan pernah sesekali kita berputus asa dalam menuntut ilmu, ikhlaskan hati dan InsyaAllah segala urusan akan dipermudahkan oleh Allah SWT. 

Semoga kita semua berjaya graduat dengan Ijazah Kelas Pertama kawan-kawan! 
Amin Ya Rabbal Alamin



Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (Wakanda Production)

Bird's Eye View (3 Gambar) 



Pandangan seekor burung yang memfokuskan kepada dua manusia yang sedang berjalan itu. Lagaknya seperti seekor burung helang yang cuba untuk mengenal pasti habuannya pada tengah hari yang terik itu. Dia mengira-gira peluangnya untuk memulakan teknik sambaran ke atas mangsa-mangsa tersebut. Dia fokus dan sepertinya memerlukan si helang untuk membuka sayap dan terbang menjunam ke arah mangsa.




Di tengah bulatan itu, aku mengira manusia sepertinya kelihatan sibuk dengan urusan masing-masing. Setiap perjalanan mereka yang datang dari pelbagai arah pastinya mempunyai tujuan atau destinasi yang ingin mereka tuju. Sedang aku leka menikmati pemandangan di hadapan ini, aku terfikir sejenak apakah manusia -manusia itu semua sudah menjalankan tanggungjawabnya kepada Tuhan ? Adakah dalam kesibukkan itu, mereka ingat kepada Tuhan ? Aku sendiri sedang bertasbih merenung pandangan dunia yang mungkin sudah sampai ke penghujungnya.




Pemandangan yang sama sejak bertahun yang lalu. Namun, kelibat manusia di situ sering bertukar-tukar. Mungkin manusia-manusia itu jemu barangkali. Tidak mengapalah, biar saja aku yang setia dengan santapan pemandangan ini. Dari puncak ini aku dapat melihat kesemuanya. Manusia yang diciptakan Allah sebesar itu, namun di penglihatanku kini mereka bersaiz kecil sahaja.

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Wakanda Production)

Over The Shoulder (3 Gambar)




Si tudung merah segera menegur rakannya. Pelik mungkin apabila melihat mereka ingin menaiki motor sambil memegang payung. Tidakkah mereka tahu, tindakan memegang payung itu hanya sia-sia. Janganlah kalian berangan menjadi seperti puteri lilin yang tidak betah dengan cahaya mentari. Aku percaya di saat motor itu dibonceng pastinya payung itu terbang ditiup angin. Hahaha tolonglah, nikmati saja mentari ini sementara diberi peluang. Andai langit sudah mendung gelap dan tiada lagi sinaran, pasti kita akan merinduinya.





Benarlah sangkaan aku selama ini, lelaki mana pun tidak pernah cukup dengan seorang kekasih. Tengok sahajalah konflik cinta yang sedang berlaku ini. Kekasih yang seorang itu pun tidak mampu untuk dijaga hatinya, apatah lagi untuk dibelai dan disayangi. Punah segala impiannya, tatkala melihat lelaki yang disanjung tinggi kini mula beralih arah. Secara terang-terangan lelaki itu mula menjauhkan diri daripada gadis yang dahulunya sayang kini sudah semakin pudar. Kasih dan sayangnya kini mula berkembang mekar buat si gadis molek yang cuba dilindungi daripada panas mentari. Aduh kasihan!




Sebenarnya saat ini aku sedang terkejar-kejar hendak menaiki bas. Habislah aku kali ini, Prof Normaliza pasti marah jika pelajarnya datang lewat ke kelas. Mereka ini pun satu hal. Boleh dikatakan ramai lagi yang sedang berjalan di situ, aku juga yang ditahannya. Bukan setakat satu atau dua gambar yang diambil, tetapi lebih dari itu. Masih juga kata nak lagi, perempuan memang begitu. Sudahnya, aku sendiri terpaksa membuka mulut mengatakan bahawa aku sudah lewat hendak ke kelas. Lalu, dengan terkocoh-kocoh mereka segera meminta maaf padaku. Tahu pun serba salah.
 


BBM3410Satu2019: Mug Shot (Wakanda Production)

Mug Shot (3 Manusia)


Air mata seorang wanita itu mahal nilainya.Setelah sekian lama memendam perasaan, berhempas pulas menjaga tiga anak yang masih kecil dan akhirnya air mata itu sudah tidak dapat ditampung lagi. Pecah juga empangannya dek terlalu berat ujian yang terpaksa diharunginya. Sungguh dia tidak menyangkakan kepergian anak-anaknya itu. Kejam sungguh orang yang melanggar anak kucingnya sehinga terkeluar isi perut si kecil meow. Mummy rindu anak-anak mummy.




MasyaAllah, rambut aku! Serabut! Satu demi satu tugasan diberikan oleh pensyarah. Rungsing benar bila difikirkan. Belum selesai tugasan yang satu itu, datang pula tugasan yang baru. Ahli kumpulan pula langsung tidak mahu memberi kerjasama. Semuanya diletakkan pada aku. Ah lantak hangpa lah! Janji aku buat kerja aku, susah-susah sangat aku report je dekat Prof. Lantak pi kat hang lah!




Gembiranya hati apabila tercalon sebagai MTM. Hehe, inilah masanya hendak buli adik-adik junior. Jangan ingat sesi orientasi Kolej 12 mudah ye adik-adik. Jangan ingat boleh lari daripada terlibat dengan aktiviti orientasi. Sepatutnya,adik-adik kena bangga sebab dipelawa untuk menyambungkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia. Jadi, tiada alasan untuk adik-adik mengelak daripada orientasi. Percayalah, melalui orientasi ini nanti adik-adik dapat kenal dengan lebih mendalam mengenai UPM, Kolej dan rakan-rakan baru. Akak ni baik je orangnya.


BBM3410Satu2019: Medium Shot (Wakanda Production)

1. Medium Shot (3 Manusia dan 3 Pemandangan)




Pada petang itu, kelihatan empat sekawan sedang berjalan ke arah perhentian bas Serumpun. Mereka merupakan teman sebilik dan sentiasa bersama-sama jika hendak kemana-mana. Bangunan di sisi kanan itu merupakan Kolej 12, iaitu kolej kediaman mereka berempat.



Gambar ini memperlihatkan gadis berbaju hitam itu seperti ditarik oleh gadis yang memakai skirt pink. Agaknya kemanalah dia hendak mengajak rakannya itu ? tidak dinafikan juga, gambar ini seperti kedua-duanya sedang berseronok bermain kejar-kejar. Keakraban dalam sesebuah perhubungan juga dapat dilihat dengan jelas sekali.



Pemandangan ini kelihatan sangat menarik dan kreatif. Seakan-akan dua gadis comel ini sedang melayani mood bercuti. Walaupun, pemandangan di belakang terang-terangan itu adalah bangunan Dewan Za’ba. Menjiwai sesuatu lakonan atau pergerakan itu sememangnya memainkan peranan penting dan hasilnya membuatkan gambar ini nampak lebih cantik.


2. Medium Shot (3 Manusia)



Gambar ini memberi fokus terhadap tiga sekawan berbanding pemandangan di belakangnya. Keberadaan mereka di tengah-tengah posisi itu membuatkan gambar lebih dominan terhadap mereka bertiga dan seolah dapat diibaratkan sebagai sebuah persahabatan yang sudah lama terjalin dan tiada yang dapat menghalangi persahabatan mereka untuk terus mekar.



Sahabat. Dialah yang saling berpegangan tangan mendongak ke langit ke tujuh untuk bersama-sama mencapai impian dan harapan. Pegangan yang erat antara keduanya memberikan lambang semangat setia kawan yang sejati. Mereka sanggup bersama-sama meredah liku kehidupan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.



Kasihan si Qilla, terpaksa berpanas demi tugasan Multimedia dalam Berbahasa. Tetapi, nasib baik ketika itu Mek Nuyun melalui jalan itu. Kebetulan atau ianya sudah tertulis takdir keduanya akan bertemu. Mek Nuyun hadir memayungi Qilla daripada panas terik. Adakalanya, rakan yang kita selalu tidak nampak inilah yang dalam diam dan tanpa diduga dia hadir membantu kita.

BBM3410Satu2019: Long Shot (Wakanda Production)

1. Long Shot (3 Pemandangan)




Pemandangan dari atas bukit menampakkan panorama bangunan yang tersergam megah di hujung sana. Panorama yang disajikan tidak hanya terhad di kawasan sekitar tetapi turut melangkaui sehingga ke kawasan bandar. Di sebalik awan biru dan pokok kehijau-hijauan itu, siapa sangka dihadapannya terbentang pemandangan sebuah bandar yang sarat dengan projek pembangunan yang mencecah jutaan ringgit malah lebih daripada itu.



Terletak di tengah-tengah alam semula jadi benar-benar menyamankan. Terasa bagaikan di sebuah perkampungan terpencil yang jauh daripada ibu kota. Kawasan sekitar yang lapang dan luas boleh disemaikan dengan biji benih pokok-pokok atau sayur-sayuran. Sekaligus, menambahkan lagi keceriaan di sekitar kawasan tempat tinggal. Jauh dari kesibukkan kota raya pastinya memberikan seribu satu ketenangan dalam jiwa.



Aku rindukan bunyi ombak laut yang datang menghempas pasir pantai. Kenangan bersama keluarga bercuti di pantai sememangnya sentiasa dinanti-nantikan. Kali terakhir aku berkunjung ke pantai pada tahun 2018. Andainya diajak berjalan sore hari di pesisir pantai, pastinya aku akan setuju sahaja. Jauh di sudut sana, aku lihat bandar raya yang semestinya orang-orang di sana sedang sibuk bekerja sehinggakan pantai ini sepi tanpa adanya kunjungan orang ramai. 


2. Long Shot (3 Pemandangan dan Manusia)

    

Di hujung sana, berdirinya bangunan shopping mall iaitu IOI. Bangunan yang menjadi simbolik kepada para pelajar Universiti Putra Malaysia. Setelah berhempas pulas menyiapkan assignment, pastinya pelajar UPM akan menghabiskan masa dengan melepak di IOI Mall. Mentang-mentanglah perjalanan daripada UPM ke IOI hanya memakan masa lebih kurang lima minit sahaja.




Ingat senang ke untuk ambil gambar dengan posisi begini. Sememangnya aku memerlukan kerjasama daripada rakanku Faizah. Dialah yang melihat keadaan trafik di persimpangan jalan yang terletak berdekatan Dewan Besar UPM. Memandangkan hari ketika itu sudah lewat petang dan kebanyakkan staff UPM juga mahu pulang, menambahkan lagi bilangan kenderaan yang melalui persimpangan itu. Apabila faizah mengatakan jalan itu sudah selamat untuk diredah, maka aku cepat-cepat berlari ke tengah jalan dan inilah hasilnya. Bak kata Qama, pemandangan dia seakan berada di Australia.



Lokasi yang terletak di Ladang Teh, Cameron Highlands sering menjadi pilihan para pelancong untuk menikmati keindahan ladang yang serba serbi hijau. Pelancong dibenarkan untuk mengambil gambar di tengah-tengah Ladang Teh tersebut sebagai satu kenangan abadi.

BBM3410Satu2019: Close-Up (Wakanda Production)

1. Close-Up ( 3 Manusia)



Sepasang mata yang berwarna coklat menyimpan seribu satu kisah di sebalik purdah yang menutupi sebahagian wajahnya. Lirikkan matanya yang tajam seperti dia cuba menyampaikan sesuatu yang tersirat. Si gadis sepertinya sedang menyembunyikan parut yang berbekas di wajahnya. Kecantikkannya kini hanya pada sepasang matanya bukan lagi pada keseluruhan wajahnya. Parutnya tidak mampu untuk dihilangkan sebagaimana perasaan amarah dan dendamnya pada si ibu tiri. Gara-gara tindakan si ibu tiri yang menyimbah air panas membuatkan kecantikkannya tidak lagi menyerlah dan dia terpaksa menyembunyikannya.



Gadis berkaca mata ini benar-benar menikmati keindahan alam di sekelilingnya sehinggakan matanya terpejam. Tingkahnya bagaikan tuan puteri yang terpesona dengan kecantikan dan aroma bunga itu sendiri. Senyuman manis dilirikkan semanis madu bunga itu. Jiwanya kelihatan dekat dengan alam semula jadi. Seakan-akan minda dan rohnya terbang menerawang ke alam lain, yang dipenuhi dengan taman bunga.



Wahai mek, sampai begitu sekali ye. Dimekapkan oleh Mak Andam sampai ketiduran. Biasalah, itu baru berkaitan mekap sahaja. Sampai berjam-jam terpaksa ditadahkan muka. Belum lagi termasuk Malam Berinai. Terpaksa pula dikejungkan jari tangan dan kaki supaya tidak comot inai itu nanti. Hendak berkahwin sekali seumur hidup bukan ? Jadi apalah salahnya jika menjadi ratu sehari di malam pernikahan. Disaksikan oleh orang ramai, pasti mereka tidak menyangkakan kecantikan sebenar Mek Nuyun.


2. Close-Up ( 3 Bukan Manusia)




Cermin mata sangat berjasa dan menjadi mata kedua bagi mereka yang memiliki pandangan yang rabun atau silau. Tanpa kehadiranmu, pastinya individu-individu ini tidak dapat menikmati keindahan alam sekeliling. Tentu juga akan mendatangkan kecelakaan kepada mereka sekiranya cermin mata ini tidak dipakai. Daripada pandangan yang kabur, kemudian hadirnya cermin mata ini sekaligus memberi sinar dan membuatkan penglihatan si pemakai lebih kelihatan jelas. Duhai cermin mata, engkaulah penyuluh cahaya buat si kecil yang rabun.



Duit kertas rm1 tercicir di halaman luar kolej. Adakah tuan empunya badan tidak menyedari duitnya yang keciciran? Berkemungkinan juga poket seluarnya berlubang sehingga duitnya itu tercicir di atas jalan tar. Kehilangan sekeping RM1 mungkin membuatkan empunya badan tidak dapat membeli barang atau makanan yang ingin dibeli gara-gara tidak cukup duit. Pasti empunya badan tertanya-tanya di manakah keberadaan duitnya yang bernilai RM1 itu.




Bunga matahari, tanpa kewujudannya maka tiadalah kuaci. Bunga matahari memerlukan penjagaan yang rapi, sekaligus membolehkan dia hidup dengan mekar kembang bersama kuntumannya yang lain. Bunga matahari mungkin tidak seharum bunga mawar tetapi setidak-tidaknya dia boleh diproses menjadi kuaci. Besar sungguh kelebihan bunga matahari selain memberi makanan madu kepada si lebah tetapi ia juga boleh menghasilkan kuaci yang manis dan sedap buat si manusia.


BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Semestar akhir kian berlalu. Detik masa seakan pantas bergerak. Berbaki lagi beberapa minggu untuk kita nikmati momen bersama sebagai seor...