Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu2019: Video 8 (One Shot Two Layer)

Hi semua, sihat ke ?

Untuk tugasan kali ini, aku nak cerita sedikit mengenai jalan cerita video one shot two layer ni. Apa yang dikatakan sebagai one shot two layer ialah, penyanyi berada di hadapan manakala di belakang penyanyi wujudnya kehadiran watak-watak  yang berlakon untuk mengetengahkan jalan cerita sesuai dengan lirik lagu tersebut. Dalam erti kata yang lain, pelakon di bahagian belakang yang akan memainkan peranan seakan menceritakan situasi lirik yang dinyanyikan oleh si penyanyi. Ha faham tak? 

Jadi, dalam video kali ini kami menampilkan watak si anak/kakak yang bersikap kurang ajar terhadap ibunya. Si adik pula cuba untuk menyedarkan kakaknya bahawa apa yang dilakukannya adalah suatu tindakan yang salah. Hati si ibu pula sudah terguris tatkala itu. Lalu, si kakak dan dibantu oleh si adik saling berusaha untuk memujuk ibu yang sedang lara. Pengakhiran cerita ini ialah apabila si ibu tersentuh melihatkan anaknya yang sedang berdoa lalu, hubungan ketiga-tiga mereka kembali pulih.

Menarik bukan? Lagi seronok kalau kawan-kawan tengok video kami. Jadi, jangan lupa like dan subscribe sekali tau 💗 

Lokasi Penggambaran: Anjung, Serumpun




No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Semestar akhir kian berlalu. Detik masa seakan pantas bergerak. Berbaki lagi beberapa minggu untuk kita nikmati momen bersama sebagai seor...