Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Close-Up (Wakanda Production)

1. Close-Up ( 3 Manusia)



Sepasang mata yang berwarna coklat menyimpan seribu satu kisah di sebalik purdah yang menutupi sebahagian wajahnya. Lirikkan matanya yang tajam seperti dia cuba menyampaikan sesuatu yang tersirat. Si gadis sepertinya sedang menyembunyikan parut yang berbekas di wajahnya. Kecantikkannya kini hanya pada sepasang matanya bukan lagi pada keseluruhan wajahnya. Parutnya tidak mampu untuk dihilangkan sebagaimana perasaan amarah dan dendamnya pada si ibu tiri. Gara-gara tindakan si ibu tiri yang menyimbah air panas membuatkan kecantikkannya tidak lagi menyerlah dan dia terpaksa menyembunyikannya.



Gadis berkaca mata ini benar-benar menikmati keindahan alam di sekelilingnya sehinggakan matanya terpejam. Tingkahnya bagaikan tuan puteri yang terpesona dengan kecantikan dan aroma bunga itu sendiri. Senyuman manis dilirikkan semanis madu bunga itu. Jiwanya kelihatan dekat dengan alam semula jadi. Seakan-akan minda dan rohnya terbang menerawang ke alam lain, yang dipenuhi dengan taman bunga.



Wahai mek, sampai begitu sekali ye. Dimekapkan oleh Mak Andam sampai ketiduran. Biasalah, itu baru berkaitan mekap sahaja. Sampai berjam-jam terpaksa ditadahkan muka. Belum lagi termasuk Malam Berinai. Terpaksa pula dikejungkan jari tangan dan kaki supaya tidak comot inai itu nanti. Hendak berkahwin sekali seumur hidup bukan ? Jadi apalah salahnya jika menjadi ratu sehari di malam pernikahan. Disaksikan oleh orang ramai, pasti mereka tidak menyangkakan kecantikan sebenar Mek Nuyun.


2. Close-Up ( 3 Bukan Manusia)




Cermin mata sangat berjasa dan menjadi mata kedua bagi mereka yang memiliki pandangan yang rabun atau silau. Tanpa kehadiranmu, pastinya individu-individu ini tidak dapat menikmati keindahan alam sekeliling. Tentu juga akan mendatangkan kecelakaan kepada mereka sekiranya cermin mata ini tidak dipakai. Daripada pandangan yang kabur, kemudian hadirnya cermin mata ini sekaligus memberi sinar dan membuatkan penglihatan si pemakai lebih kelihatan jelas. Duhai cermin mata, engkaulah penyuluh cahaya buat si kecil yang rabun.



Duit kertas rm1 tercicir di halaman luar kolej. Adakah tuan empunya badan tidak menyedari duitnya yang keciciran? Berkemungkinan juga poket seluarnya berlubang sehingga duitnya itu tercicir di atas jalan tar. Kehilangan sekeping RM1 mungkin membuatkan empunya badan tidak dapat membeli barang atau makanan yang ingin dibeli gara-gara tidak cukup duit. Pasti empunya badan tertanya-tanya di manakah keberadaan duitnya yang bernilai RM1 itu.




Bunga matahari, tanpa kewujudannya maka tiadalah kuaci. Bunga matahari memerlukan penjagaan yang rapi, sekaligus membolehkan dia hidup dengan mekar kembang bersama kuntumannya yang lain. Bunga matahari mungkin tidak seharum bunga mawar tetapi setidak-tidaknya dia boleh diproses menjadi kuaci. Besar sungguh kelebihan bunga matahari selain memberi makanan madu kepada si lebah tetapi ia juga boleh menghasilkan kuaci yang manis dan sedap buat si manusia.


No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Semestar akhir kian berlalu. Detik masa seakan pantas bergerak. Berbaki lagi beberapa minggu untuk kita nikmati momen bersama sebagai seor...