Tuesday, December 17, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat


Semestar akhir kian berlalu. Detik masa seakan pantas bergerak. Berbaki lagi beberapa minggu untuk kita nikmati momen bersama sebagai seorang pelajar degree Universiti Putra Malaysia, sebagai seorang rakan, dan sebagai seorang anak didik.

Semestar 7 (2019/2020) banyak mengajar aku erti mengejar masa, terlalu banyak tugasan yang menghimpit sehinggakan mudah saja diri ini untuk mengalah. Semestar ini paling mencabar, paling tertekan, paling banyak merungut mengeluh, dan kadang kala di akhiri dengan sebuah tangisan yang menyimpan beribu perasaan.

Namun, semestar akhir ini juga banyak mengajar aku erti persahabatan, bekerjasama, dan bertolak ansur. Tambah lagi untuk subjek Multimedia dalam Bahasa. Tak terhitung tugasan yang diberikan oleh Prof. Tapi dalam tak sedar, satu persatu tugasan dapat kami sempurnakan. Walau berselisih pendapat, saling salah menyalah tetapi Allah permudahkan jua urusan kita semua. Terima kasih Wakanda Production 💖

Jujur, akan tiba suatu hari itu nanti pasti aku akan terkenangkan memori ini. Dalam kelas inilah aku mula mengenali insan yang bernama Prof Normaliza, En Akmal dan Mad Nor. Almaklum lah Mad Nor ni junior kami. Tapi alhamdulillah, dia tak pernah menghampakan kami. Orangnya mudah dibawa berbincang. Apa yang kami minta, dia okay kan sahaja.

Dan percayalah antara tugasan Multimedia dengan PITA, aku lebih selesa dan terbuka hati untuk melaksanakan tugasan amali Multimedia. Dalam waktu yang suntuk begini, aku masih memilih multimedia berbanding memilih untuk menyiapkan PITA. Aduhai syazana.

Walau apa pun, aku hargai episod suka dan duka semestar 7. Sebab aku tahu episod ini bakal jadi yang terakhir dalam hidupku. Terima kasih Prof Normaliza dan rakan rakan, tanpa kalian siapalah aku 💝

9.12.2019 - kelas terakhir kami bersama Prof kesayangan




No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Semestar akhir kian berlalu. Detik masa seakan pantas bergerak. Berbaki lagi beberapa minggu untuk kita nikmati momen bersama sebagai seor...