Dalam bab 1, iaitu Media
Sosial: Gambaran Keseluruhan mengandungi perihal peranan sistem pendidikan
dalam membentuk masa depan negara di samping melahirkan pelajar yang
berkeyakinan dan berdaya saing dalam era Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Kewujudan media sosial digalakkan khususnya dalam pembelajaran bahasa, misalnya
melalui e-pembelajaran, Instagram, Twitter dan Facebook.
Seterusnya, dalam bab 2 pula berkisarkan tentang Twitter dan trend
terkini di mana beberapa kajian telah dilakukan ke atas penggunaan Twitter
dalam kalangan pengguna media sosial. Antaranya tujuannya adalah untuk
proses pembelajaran di samping membantu mereka dalam menjalinkan hubungan
sosial antara masyarakat luar. Kemudian, dalam bab 3 yang bertajuk Facebook
masih digunakan memperlihatkan antara media sosial yang mempunyai paling
ramai penggunanya. Kebanyakkan masyarakat dan pelajar banyak meluangkan masa
dengan aplikasi Facebook dan ia digunakan sebagai satu cara untuk
berkomunikasi dengan rakan-rakan.
Instagram menyeronokkan merupakan topik yang hangat
dibincangkan dalam bab 4 di mana, aplikasi ini membolehkan penggunanya untuk
berkongsi gambar serta video kepada dunia luar. Bab 5 pula menyentuh mengenai
topik e-mel masih popular pada masa kini dan penggunaan e-mel juga antara
medium komunikasi iaitu teks bertulis atau pesanan yang boleh melampirkan fail untuk dihantar kepada
pengguna lain. Dalam bab 6 pula, blog di dalam kelas bahasa
memperlihatkan penggunaan blog sebagai satu aktiviti yang dapat membentuk
keyakinan pengguna untuk menulis dengan kreatif. Manakala, dalam bab 7 pula
menyentuh tentang isu yang wujud dalam rangkaian sosial dalam kalangan
pengguna. Kewujudan pelbagai rangkaian sosial ini membuatkan pengguna
seakan bergantung kepada kemudahan ini dalam kehidupan seharian mereka. Antara
isu yang timbul ialah, penyebaran maklumat palsu dan lain-lain. Bab 8 pula
berkaitan dengan implikasi pedagogi yang mana media sosial digunakan
dalam sistem pendidikan untuk mempengaruhi pembelajaran bahasa pelajar secara
atas talian.
Kehadiran buku Eh!!! Media
Sosial ini dapat memberi implikasi kepada pelajar dalam membantu mereka
mengaplikasikan kemudahan media sosial untuk tujuan pembelajaran dan
perkongsian maklumat.
Rujukan: Noraien Mansor &
Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT
Penulis: Noraien Mansor &
Normaliza Abd Rahim
Nama buku: Eh!!! Media Sosial
Harga Buku: RM60
No comments:
Post a Comment