Pada suatu hari, aku terima mesej daripada pihak Wazan yang mempelawa
aku untuk terlibat sama dalam Program Intelek Cendekia yang berlangsung selama
3 hari 2 malam (6-8 Oktober 2017) di Excel Training & Country Resorts,
Ulu Beranang, Negeri Sembilan.
Memandangkan resort tersebut terletak di kawasan yang agak jauh ke
dalam, maka selama 3 hari tersebut aku dan rakan-rakan tidak dapat menggunakan telefon bimbit kerana
tiada sebarang capaian internet atau line sama sekali. Aku juga diberitahu
bahawa pengasas Excel Training & Country Resorts ialah Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, penceramah motivasi yang sangat dikagumi.
Perasaan aku ketika itu sangat teruja, segala kemudahan dan penginapan
yang diberikan sangat cantik dan lokasinya yang berada di tengah alam semula jadi. Pemandangan yang begitu nyaman dan indah. Terasa diri ini bertuah kerana tergolong dalam
kalangan pelajar yang menjadi harapan pihak Wazan untuk terus cemerlang dalam
pelajaran.
Sepanjang berada di sana, pelbagai aktiviti dijalankan seperti ice
breaking, explorace, berkayak, dan selebihnya ialah aktiviti motivasi bagi
memantapkan lagi potensi diri. Pertama kalinya juga, aku merasai pengalaman
bertafakur di tengah padang yang luas seawal pukul 6 pagi. Kami diarahkan untuk
bertafakur dan bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan.
Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang diberikan.
No comments:
Post a Comment