Air mata
seorang wanita itu mahal nilainya.Setelah sekian lama memendam perasaan,
berhempas pulas menjaga tiga anak yang masih kecil dan akhirnya air mata itu
sudah tidak dapat ditampung lagi. Pecah juga empangannya dek terlalu berat
ujian yang terpaksa diharunginya. Sungguh dia tidak menyangkakan kepergian
anak-anaknya itu. Kejam sungguh orang yang melanggar anak kucingnya sehinga terkeluar
isi perut si kecil meow. Mummy rindu anak-anak mummy.
MasyaAllah, rambut aku! Serabut!
Satu demi satu tugasan diberikan oleh pensyarah. Rungsing benar bila
difikirkan. Belum selesai tugasan yang satu itu, datang pula tugasan yang baru.
Ahli kumpulan pula langsung tidak mahu memberi kerjasama. Semuanya diletakkan
pada aku. Ah lantak hangpa lah! Janji aku buat kerja aku, susah-susah sangat
aku report je dekat Prof. Lantak pi kat hang lah!
Gembiranya
hati apabila tercalon sebagai MTM. Hehe, inilah masanya hendak buli adik-adik
junior. Jangan ingat sesi orientasi Kolej 12 mudah ye adik-adik. Jangan ingat
boleh lari daripada terlibat dengan aktiviti orientasi. Sepatutnya,adik-adik kena
bangga sebab dipelawa untuk menyambungkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia.
Jadi, tiada alasan untuk adik-adik mengelak daripada orientasi. Percayalah, melalui
orientasi ini nanti adik-adik dapat kenal dengan lebih mendalam mengenai UPM,
Kolej dan rakan-rakan baru. Akak ni baik je orangnya.
No comments:
Post a Comment