Si tudung merah segera menegur rakannya. Pelik mungkin apabila
melihat mereka ingin menaiki motor sambil memegang payung. Tidakkah mereka
tahu, tindakan memegang payung itu hanya sia-sia. Janganlah kalian berangan menjadi
seperti puteri lilin yang tidak betah dengan cahaya mentari. Aku percaya di
saat motor itu dibonceng pastinya payung itu terbang ditiup angin. Hahaha tolonglah,
nikmati saja mentari ini sementara diberi peluang. Andai langit sudah mendung
gelap dan tiada lagi sinaran, pasti kita akan merinduinya.
Benarlah sangkaan aku selama ini, lelaki mana pun tidak pernah
cukup dengan seorang kekasih. Tengok sahajalah konflik cinta yang sedang
berlaku ini. Kekasih yang seorang itu pun tidak mampu untuk dijaga hatinya,
apatah lagi untuk dibelai dan disayangi. Punah segala impiannya, tatkala
melihat lelaki yang disanjung tinggi kini mula beralih arah. Secara
terang-terangan lelaki itu mula menjauhkan diri daripada gadis yang dahulunya
sayang kini sudah semakin pudar. Kasih dan sayangnya kini mula berkembang mekar
buat si gadis molek yang cuba dilindungi daripada panas mentari. Aduh kasihan!
Sebenarnya saat ini aku sedang terkejar-kejar hendak menaiki bas. Habislah
aku kali ini, Prof Normaliza pasti marah jika pelajarnya datang lewat ke kelas.
Mereka ini pun satu hal. Boleh dikatakan ramai lagi yang sedang berjalan di
situ, aku juga yang ditahannya. Bukan setakat satu atau dua gambar yang diambil,
tetapi lebih dari itu. Masih juga kata nak lagi, perempuan memang begitu. Sudahnya,
aku sendiri terpaksa membuka mulut mengatakan bahawa aku sudah lewat hendak ke kelas.
Lalu, dengan terkocoh-kocoh mereka segera meminta maaf padaku. Tahu pun serba salah.
No comments:
Post a Comment