Pemandangan dari atas bukit menampakkan panorama bangunan yang
tersergam megah di hujung sana. Panorama yang disajikan tidak hanya terhad di kawasan
sekitar tetapi turut melangkaui sehingga ke kawasan bandar. Di sebalik awan
biru dan pokok kehijau-hijauan itu, siapa sangka dihadapannya terbentang
pemandangan sebuah bandar yang sarat dengan projek pembangunan yang mencecah
jutaan ringgit malah lebih daripada itu.
Terletak di tengah-tengah alam semula jadi benar-benar menyamankan.
Terasa bagaikan di sebuah perkampungan terpencil yang jauh daripada ibu kota.
Kawasan sekitar yang lapang dan luas boleh disemaikan dengan biji benih
pokok-pokok atau sayur-sayuran. Sekaligus, menambahkan lagi keceriaan di
sekitar kawasan tempat tinggal. Jauh dari kesibukkan kota raya pastinya
memberikan seribu satu ketenangan dalam jiwa.
Aku rindukan bunyi ombak laut yang datang menghempas pasir pantai. Kenangan
bersama keluarga bercuti di pantai sememangnya sentiasa dinanti-nantikan. Kali terakhir
aku berkunjung ke pantai pada tahun 2018. Andainya diajak berjalan sore hari di
pesisir pantai, pastinya aku akan setuju sahaja. Jauh di sudut sana, aku lihat bandar
raya yang semestinya orang-orang di sana sedang sibuk bekerja sehinggakan
pantai ini sepi tanpa adanya kunjungan orang ramai.
2. Long Shot (3 Pemandangan dan Manusia)
Di hujung sana, berdirinya bangunan shopping mall iaitu IOI.
Bangunan yang menjadi simbolik kepada para pelajar Universiti Putra Malaysia. Setelah
berhempas pulas menyiapkan assignment, pastinya pelajar UPM akan menghabiskan masa
dengan melepak di IOI Mall. Mentang-mentanglah perjalanan daripada UPM ke IOI
hanya memakan masa lebih kurang lima minit sahaja.
Ingat senang ke untuk ambil gambar dengan posisi begini. Sememangnya
aku memerlukan kerjasama daripada rakanku Faizah. Dialah yang melihat keadaan
trafik di persimpangan jalan yang terletak berdekatan Dewan Besar UPM.
Memandangkan hari ketika itu sudah lewat petang dan kebanyakkan staff UPM juga
mahu pulang, menambahkan lagi bilangan kenderaan yang melalui persimpangan itu.
Apabila faizah mengatakan jalan itu sudah selamat untuk diredah, maka aku
cepat-cepat berlari ke tengah jalan dan inilah hasilnya. Bak kata Qama,
pemandangan dia seakan berada di Australia.
Lokasi yang terletak di Ladang Teh, Cameron Highlands sering
menjadi pilihan para pelancong untuk menikmati keindahan ladang yang serba
serbi hijau. Pelancong dibenarkan untuk mengambil gambar di tengah-tengah Ladang
Teh tersebut sebagai satu kenangan abadi.
No comments:
Post a Comment