Pada petang itu, kelihatan empat sekawan sedang berjalan ke arah perhentian
bas Serumpun. Mereka merupakan teman sebilik dan sentiasa bersama-sama jika
hendak kemana-mana. Bangunan di sisi kanan itu merupakan Kolej 12, iaitu kolej
kediaman mereka berempat.
Gambar ini memperlihatkan gadis berbaju hitam itu seperti ditarik oleh
gadis yang memakai skirt pink. Agaknya kemanalah dia hendak mengajak rakannya
itu ? tidak dinafikan juga, gambar ini seperti kedua-duanya sedang berseronok
bermain kejar-kejar. Keakraban dalam sesebuah perhubungan juga dapat dilihat
dengan jelas sekali.
Pemandangan ini kelihatan
sangat menarik dan kreatif. Seakan-akan dua gadis comel ini sedang melayani mood
bercuti. Walaupun, pemandangan di belakang terang-terangan itu adalah bangunan
Dewan Za’ba. Menjiwai sesuatu lakonan atau pergerakan itu sememangnya memainkan
peranan penting dan hasilnya membuatkan gambar ini nampak lebih cantik.
2. Medium Shot (3 Manusia)
Gambar ini memberi fokus terhadap tiga sekawan berbanding pemandangan
di belakangnya. Keberadaan mereka di tengah-tengah posisi itu membuatkan gambar
lebih dominan terhadap mereka bertiga dan seolah dapat diibaratkan sebagai sebuah
persahabatan yang sudah lama terjalin dan tiada yang dapat menghalangi
persahabatan mereka untuk terus mekar.
Sahabat. Dialah yang saling
berpegangan tangan mendongak ke langit ke tujuh untuk bersama-sama mencapai
impian dan harapan. Pegangan yang erat antara keduanya memberikan lambang
semangat setia kawan yang sejati. Mereka sanggup bersama-sama meredah liku
kehidupan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.
Kasihan si Qilla, terpaksa berpanas demi tugasan Multimedia dalam Berbahasa.
Tetapi, nasib baik ketika itu Mek Nuyun melalui jalan itu. Kebetulan atau ianya
sudah tertulis takdir keduanya akan
bertemu. Mek Nuyun hadir memayungi Qilla daripada panas terik. Adakalanya,
rakan yang kita selalu tidak nampak inilah yang dalam diam dan tanpa diduga dia
hadir membantu kita.
No comments:
Post a Comment