Pandangan
seekor burung yang memfokuskan kepada dua manusia yang sedang berjalan itu. Lagaknya
seperti seekor burung helang yang cuba untuk mengenal pasti habuannya pada tengah
hari yang terik itu. Dia mengira-gira peluangnya untuk memulakan teknik
sambaran ke atas mangsa-mangsa tersebut. Dia fokus dan sepertinya memerlukan si
helang untuk membuka sayap dan terbang menjunam ke arah mangsa.
Di tengah
bulatan itu, aku mengira manusia sepertinya kelihatan sibuk dengan urusan
masing-masing. Setiap perjalanan mereka yang datang dari pelbagai arah pastinya
mempunyai tujuan atau destinasi yang ingin mereka tuju. Sedang aku leka
menikmati pemandangan di hadapan ini, aku terfikir sejenak apakah manusia -manusia
itu semua sudah menjalankan tanggungjawabnya kepada Tuhan ? Adakah dalam
kesibukkan itu, mereka ingat kepada Tuhan ? Aku sendiri sedang bertasbih
merenung pandangan dunia yang mungkin sudah sampai ke penghujungnya.
Pemandangan yang sama sejak
bertahun yang lalu. Namun, kelibat manusia di situ sering bertukar-tukar. Mungkin
manusia-manusia itu jemu barangkali. Tidak mengapalah, biar saja aku yang setia
dengan santapan pemandangan ini. Dari puncak ini aku dapat melihat kesemuanya.
Manusia yang diciptakan Allah sebesar itu, namun di penglihatanku kini mereka
bersaiz kecil sahaja.
No comments:
Post a Comment