Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk
Alim seorang kanak-kanak yang tingkahnya pada hari itu dipenuhi dengan
tangisan sahaja. Dia menangis hanya kerana tidak menemui ayam dan itik peliharaan
datuk dan nenek di kampungnya. Bahkan, setelah itu dia menangis kembali setelah melihat
keadaan rumah datuk dan nenek yang kelihatan berbeza daripada yang biasa. Tingkah
Alim yang menangis tanpa sebab kemudiannya menimbulkan kehairanan kepada ibu
bapanya, serta datuk dan nenek. Kesimpulannya, Alim keliru dengan perubahan
yang berlaku di kampungnya. Tempat biasa yang selalu dia kunjung kini sudah berbeza.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Nerus Terengganu: Penerbit UMT
JENIS-JENIS MULTIMEDIA
Jenis multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial Nenek dan Datuk ialah:
1. Multimedia Interaktif
Multimedia Interaktif merupakan
aplikasi multimedia yang membolehkan pengguna mengawal sendiri apa yang dilihat
dan didengar dengan melibatkan interaksi antara pengguna dan komputer. Misalnya, cerita yang dimuatkan ke dalam bentuk CD. Pengguna boleh previous back, pause, fast forward dan untuk melakukan itu, semestinya pengguna memerlukan tetikus, papan kekunci dan
skrin sentuh.
2. Interaktiviti Linear
Interaktif linear juga
dikenali sebagai multimedia bukan interaktif. Pengguna bersifat pasif kerana
tidak mempunyai sebarang kawalan atas perkembangan isi kandungan dalam aplikasi
multimedia tersebut. Sebagai contoh dalam filem, animasi ataupun TV yang
berjalan secara langsung tanpa ada button pause.
3. Hypermedia
Multimedia jenis ini membolehkan
ianya dikawal secara penuh oleh pengguna. Pengguna bebas untuk pergi ke mana-mana
bahagian maklumat yang dikehendaki melalui butang navigasi. Sebagai contoh cerita
Nenek dan Datuk boleh dicapai melalui tautan atau laman web.
No comments:
Post a Comment