Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu2019: Video 11 (Fokus)

Eeeeeeeeeeee sumpah tak pandai berlakon jadi cacat hahaha! Ikutkan sahaja, saya redha 😂

Video kali ini lain daripada yang sebelum ini. Luar biasa jugaklah, sebab kena berlakon tapi jangan bagi nampak muka. Haa macam mana tu? Sangat besar ye tugas yang memegang kamera dan merekod tu. Syabas Wani huhu. Jadi, Wakanda Production memilih untuk memfokuskan pada tangan sahaja iaitu tangan si cacat. Macam tak jadi je cacat tu, aiyoo haha. Jom tonton! Sila tekan link di bawah, dan jangan lupa like dan subscribe. TQ!

Lokasi Penggambaran: 
1. Dewan Putra 2
2. Kedai runcit Rashid (Cafe Serumpun)




BBM3410Satu2019: Video 10 (Vlog Konvokesyen UPM 2019)

Hi semua!
Minggu ini UPM akan berlangsungnya Majlis Konvokesyen kali ke-43. Sungguh tersangatlah teruja haha, ambil aura sikit untuk Konvo 2020 hiks! 😁

Untuk tugasan ini,kami akan membuat seperti ala-ala Vlog yang akan memperkenalkan UPM dan FMBK terlebih dahulu sebelum memaparkan  episod Konvokesyen. Dalam tugasan ini, kami dikehendaki untuk menemubual dua ibu bapa dan dua pelajar. Memandangkan Prof sudah maklumkan pada kami bahawa beliau akan ada pada majlis Konvokesyen pada hari ahad 17.11.2019 pada jam 2.30 sehinga 4.30 petang, jadi apalagi semua pakat turunlah pada hari itu sebab nak bergambar. Keluar je Prof dari Dewan Besar, bersorak lah kami. Sumpah, macam artis tahu Prof waktu tu hahaha. Semua pakat tengok kot, hehe terbaiklah Prof! 💪😘





Lokasi penggambaran: 
1. Pintu masuk UPM
2. FBMK
3. Perpustakaan Sultan Abdul Samad
4. Dewan Besar
5. Bukit Ekspo





BBM3410Satu2019: Video 9 (One Shot Three Layer)

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Kali ini menyentuh pula mengenai tugasan one shot three layer yang mana, Prof kata kena ada background belakang yang semula jadi bergerak. Sebagai contoh, penggambaran dilakukan berhadapan atau bersebelahan degan jalan raya. Jadi semestinyalah akan ada kenderaan yang lalu lalang bukan? Ataupun pokok yang bergoyang ditiup angin, kucing lalu dan sebagainya. Tak kisah apa-apa pun, cuma pastikan background itu bergerak. Thats all!

Seperti biasa penyanyi dan pelakon yang akan memainkan peranan supaya lagu yang dinyanyikan itu dapat difahami jalan ceritanya. Jadi, untuk video kelapan ini kami memilih lokasi di KAA, yang berlatarbelakagkan kenderaan yang lalu lalang. Jom luangkan masa anda untuk tonton video kami. Oh ye, like dan subscribe juga jangan lupa ya! 💖

Lokasi Penggambaran: KAA, UPM




BBM3410Satu2019: Video 8 (One Shot Two Layer)

Hi semua, sihat ke ?

Untuk tugasan kali ini, aku nak cerita sedikit mengenai jalan cerita video one shot two layer ni. Apa yang dikatakan sebagai one shot two layer ialah, penyanyi berada di hadapan manakala di belakang penyanyi wujudnya kehadiran watak-watak  yang berlakon untuk mengetengahkan jalan cerita sesuai dengan lirik lagu tersebut. Dalam erti kata yang lain, pelakon di bahagian belakang yang akan memainkan peranan seakan menceritakan situasi lirik yang dinyanyikan oleh si penyanyi. Ha faham tak? 

Jadi, dalam video kali ini kami menampilkan watak si anak/kakak yang bersikap kurang ajar terhadap ibunya. Si adik pula cuba untuk menyedarkan kakaknya bahawa apa yang dilakukannya adalah suatu tindakan yang salah. Hati si ibu pula sudah terguris tatkala itu. Lalu, si kakak dan dibantu oleh si adik saling berusaha untuk memujuk ibu yang sedang lara. Pengakhiran cerita ini ialah apabila si ibu tersentuh melihatkan anaknya yang sedang berdoa lalu, hubungan ketiga-tiga mereka kembali pulih.

Menarik bukan? Lagi seronok kalau kawan-kawan tengok video kami. Jadi, jangan lupa like dan subscribe sekali tau 💗 

Lokasi Penggambaran: Anjung, Serumpun




BBM3410Satu2019: Video 7 (One Shot)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Baiklah, untuk minggu ini kami dikehendaki untuk video one shot. Uniknya tugasan kali ini ialah, sepanjang merekod camera tidak dibenarkan untuk bergerak dan yang dibenarkan  bergerak adalah kami haha. Siapa kata senang nak buat one shot ni, banyak kali retake sampailah untuk yang kesekian kali tu masing-masing dah hafal time nak masuk dan keluar. Lokasi penggambaran kami di Sanggar Kolej 12. 

Oh ye, untuk pemilihan lagu pula sangatlah kena dengan situasi kami yang sudah berada di penghujung semester. Lagu yang bertajuk "Mulanya Disini" mempunyai lirik yang sangat bermakna. Meh saya nyanyi sikit, 


Sama sama menjejak mimpi,
Sama sama mencari dan menanti,
Segalanya direstui cinta sejati

Sama sama gunung didaki,
Sama sama turun ke lembah sepi,
Suka duka bersama dirasai





BBM3410Satu2019: Fotografi 6 (Flat Lay Individu)

Assalamualaikum semua! Hari ini hati banyak senang lah hehe,

Sebab apa ye ? Sebab tugasan individu kali ini Prof bagi masa yang panjang untuk kita selesaikan. Al maklumlah cuti pertengahan semester kan. Jadi, alang-alang menyeluk pekasam baik kita selesaikan sahaja tugasan ini di rumah. Eh memandai je aku ubah peribahasa tu 😅

Haa apelagi, jom balik kampung! dan minta mak masak yang sedap-sedap demi nak ambil makanan Flat Lay hehe 😜 Bukan satu dua makanan je tahu, kena ada 11 menu makanan dan diambil dari empat sudut iaitu Flat Lay, Half Flat Lay, Quarter Flat Lay dan Zero Flat Lay. Jom tengok makanan apa yang best dekat Perak!


Lokasi Penggambaran:
1. Sanggar FMBK, UPM
2. Kampung Sentang, Batu Gajah
3. KFC, Batu Gajah





BBM3410Satu2019: Fotografi 5 (Flat Lay Kumpulan)


Hi semua! kembali lagi bersama saya anak Acik Wan, eh hahaha 😝

Semasa dalam kelas, Prof ada beri tunjuk ajar teknik yang betul untuk ambil gambar posisi Flat Lay, Half Flat Lay, Quater Flat Lay dan Zero Flat Lay. Jadi kami perlu memfokuskan setiap posisi itu terhadap manusia, barang, makanan, minuman dan lagi satu adalah bebas (kreatif). Jadi, nak tengok berhasil atau tidak gambar Flat Lay yang kami ambil, tekan sahaja link di bawah. Mudah bukan? Ringan-ringankan tangan anda untuk menderma like dan jangan lupa subscribe juga ya! Terima kasih💋


Lokasi Penggambaran: 
1. Dewan Besar UPM
2. Anjung Serumpun
3. Kolej 12




BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Semestar akhir kian berlalu. Detik masa seakan pantas bergerak. Berbaki lagi beberapa minggu untuk kita nikmati momen bersama sebagai seor...