Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 12

Post 1: Prof kata post gambar sama seperti emoji. Unik betul idea Prof kan setiap kali nak bagi tugasan Ig ni. Jadi, aku suruhlah adik aku ni buat gaya macam emoji senyum tutup mulut tu. Macam kekok je gaya dia, haha anggap jadi ye Prof 😂




Post 2: Untuk post yang kedua, Prof kata kena post gambar selfie dengan Prof, nasib baiklah viva haritu sekali dengan Prof. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Sambil bentang viva, sambil tu kita selfie lah kan Prof hehe. Cantik Prof ni siap berkaca mata lagi tu 😎



Lokasi: 
1. Kampung Sentang, Batu Gajah
2. Makmal Pidato, FMBK UPM



BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 11

Post 1: Minggu ini, Prof minta kami untuk post gambar ibu masing-masing dan perlu letakkan caption berkaitan perbualan dengan ibu. Mula-mula bagi aku perbualan ni kelakar, ye lah mak tak bagi aku duduk bawah ketiak dia. Eh mak ni, biarlah orang nak duduk situ. Wangi kot huarghhhh 😂😭



Post 2: Istilah keberkatan bagi aku mudah saja. Sebelum hendak buat apa-apa, pastikan minta izin dahulu daripada mak dan ayah. Sebagai anak, kita kena tahu tanggungjawab kita. Rajin-rajinkan lah tolong mak dan ayah, InsyaAllah dalam kehidupan akan datang, Allah akan permudahkan 💗





Lokasi:
1. Kampung Ara Payung, Batu Gajah
2. Puchong, Selangor

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 10

Post 1: Kali ini, Prof bagi tugasan untuk post gambar kelegaan. Waktu tu, apa yang terlintas dekat fikiran aku kelegaan ni sesuai lah kalau tengah haus. Jadi, inilah gambar saya yang tengah haus teh ais, dan bila dah dapat tu fuh! lega terus haha 😄





Post 2: Gambar aku dengan adik-adik sudah cukup bagi aku untuk menggambarkan kegembiraan. Tak pernah lah tak gembira bila dengan mereka bertiga ni. Ada sahaja kerenah mereka yang menghiburkan hati. Sayang sangat kat budak-budak ni haha 💘





Lokasi: Kampung Sentang, Batu Gajah


BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 9

Post 1: Oleh sebab kali ini Prof bagi hashtag ketenangan, jadi saya cuba memperlihatkan unsur ketenangan itu dengan pemandangan tasik, pohon-pohon yang menghijau dan dihiasi dengan langit yang membiru. Suasana yang tenang dan damai tanpa hiruk-pikuk manusia sangat memerlukan ketika diri ini terasa terlalu banyak bebanan yang harus dipikul. Semoga tabah wahai Syazana!





 Post 2: Untuk posting yang kedua pula, Prof kata gambar kena menunjukkan unsur keredhaan. Jenuh jugalah nak memikirkan bagaimana gambar yang melambangkan keredhaan ni. Tiba-tiba terlintas nak buat gaya macam tak cukup duit nak beli teh ais hahaha! Redha sangat bila tak dapat beli ais 😜






Lokasi: Bukit Ekspo, UPM

BBM3410Satu2019: Minggu 4 Asas Fotografi

Untuk posting kali ini, Prof minta kami untuk upload gambar masing-masing sedang buat kerja untuk tugasan asas fotografi. jadi, kami pun bergilir-gilir memainkan peranan untuk dapatkan sebuah gambar over the shoulder yang cantik dan menepati ciri-ciri yang Prof nyatakan. Sampai berkerut-kerut kening tu untuk dapatkan sisi bahu Faizah dengan cuaca panas teriknya. Terima kasih Wani sebab payungkan saya hehe 💋

Lokasi: Kolej 12, Serumpun UPM


BBM3410: Minggu Satu Multimedia

Minggu pertama selalunya pelajar masih lagi chill dan relax. Tapi untuk subjek Multimedia dalam Bahasa ni, minggu pertama lagi Prof dah bagi tugasan. Bukan biasa-biasa tau subjek Multimedia ni, hahaha. Okay, untuk tugasan pertama Prof meminta kami untuk membuka akaun Instagram. Apalagi, semua pakat buat akaun Ig yang baru 😂 Kemudian, untuk post yang pertama kami diminta untuk post gambar sendiri tetapi gambar itu haruslah dengan aksi yang tidak disengajakan. Macam post aku kat bawah ni, aku pun tak tahu gaya apa sebenarnya yang aku cuba buat 😝

Lokasi: Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak




Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial


Dalam bab 1, iaitu Media Sosial: Gambaran Keseluruhan mengandungi perihal peranan sistem pendidikan dalam membentuk masa depan negara di samping melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan berdaya saing dalam era Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kewujudan media sosial digalakkan khususnya dalam pembelajaran bahasa, misalnya melalui e-pembelajaran, Instagram, Twitter dan Facebook. Seterusnya, dalam bab 2 pula berkisarkan tentang Twitter dan trend terkini di mana beberapa kajian telah dilakukan ke atas penggunaan Twitter dalam kalangan pengguna media sosial. Antaranya tujuannya adalah untuk proses pembelajaran di samping membantu mereka dalam menjalinkan hubungan sosial antara masyarakat luar. Kemudian, dalam bab 3 yang bertajuk Facebook masih digunakan memperlihatkan antara media sosial yang mempunyai paling ramai penggunanya. Kebanyakkan masyarakat dan pelajar banyak meluangkan masa dengan aplikasi Facebook dan ia digunakan sebagai satu cara untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan.

Instagram menyeronokkan merupakan topik yang hangat dibincangkan dalam bab 4 di mana, aplikasi ini membolehkan penggunanya untuk berkongsi gambar serta video kepada dunia luar. Bab 5 pula menyentuh mengenai topik e-mel masih popular pada masa kini dan penggunaan e-mel juga antara medium komunikasi iaitu teks bertulis atau pesanan yang boleh  melampirkan fail untuk dihantar kepada pengguna lain. Dalam bab 6 pula, blog di dalam kelas bahasa memperlihatkan penggunaan blog sebagai satu aktiviti yang dapat membentuk keyakinan pengguna untuk menulis dengan kreatif. Manakala, dalam bab 7 pula menyentuh tentang isu yang wujud dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Kewujudan pelbagai rangkaian sosial ini membuatkan pengguna seakan bergantung kepada kemudahan ini dalam kehidupan seharian mereka. Antara isu yang timbul ialah, penyebaran maklumat palsu dan lain-lain. Bab 8 pula berkaitan dengan implikasi pedagogi yang mana media sosial digunakan dalam sistem pendidikan untuk mempengaruhi pembelajaran bahasa pelajar secara atas talian.

Kehadiran buku Eh!!! Media Sosial ini dapat memberi implikasi kepada pelajar dalam membantu mereka mengaplikasikan kemudahan media sosial untuk tujuan pembelajaran dan perkongsian maklumat.

Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT
 

Penulis: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim
Nama buku: Eh!!! Media Sosial
Harga Buku: RM60

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Semestar akhir kian berlalu. Detik masa seakan pantas bergerak. Berbaki lagi beberapa minggu untuk kita nikmati momen bersama sebagai seor...