Tuesday, December 17, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat


Semestar akhir kian berlalu. Detik masa seakan pantas bergerak. Berbaki lagi beberapa minggu untuk kita nikmati momen bersama sebagai seorang pelajar degree Universiti Putra Malaysia, sebagai seorang rakan, dan sebagai seorang anak didik.

Semestar 7 (2019/2020) banyak mengajar aku erti mengejar masa, terlalu banyak tugasan yang menghimpit sehinggakan mudah saja diri ini untuk mengalah. Semestar ini paling mencabar, paling tertekan, paling banyak merungut mengeluh, dan kadang kala di akhiri dengan sebuah tangisan yang menyimpan beribu perasaan.

Namun, semestar akhir ini juga banyak mengajar aku erti persahabatan, bekerjasama, dan bertolak ansur. Tambah lagi untuk subjek Multimedia dalam Bahasa. Tak terhitung tugasan yang diberikan oleh Prof. Tapi dalam tak sedar, satu persatu tugasan dapat kami sempurnakan. Walau berselisih pendapat, saling salah menyalah tetapi Allah permudahkan jua urusan kita semua. Terima kasih Wakanda Production 💖

Jujur, akan tiba suatu hari itu nanti pasti aku akan terkenangkan memori ini. Dalam kelas inilah aku mula mengenali insan yang bernama Prof Normaliza, En Akmal dan Mad Nor. Almaklum lah Mad Nor ni junior kami. Tapi alhamdulillah, dia tak pernah menghampakan kami. Orangnya mudah dibawa berbincang. Apa yang kami minta, dia okay kan sahaja.

Dan percayalah antara tugasan Multimedia dengan PITA, aku lebih selesa dan terbuka hati untuk melaksanakan tugasan amali Multimedia. Dalam waktu yang suntuk begini, aku masih memilih multimedia berbanding memilih untuk menyiapkan PITA. Aduhai syazana.

Walau apa pun, aku hargai episod suka dan duka semestar 7. Sebab aku tahu episod ini bakal jadi yang terakhir dalam hidupku. Terima kasih Prof Normaliza dan rakan rakan, tanpa kalian siapalah aku 💝

9.12.2019 - kelas terakhir kami bersama Prof kesayangan




BBM3410Satu2019: Kalendar 2020

Hi semua! Assalamualaikum,

Kali ini, Prof beri tugasan kepada kami untuk membuat kalendar 2020 dengan menggunakan Adobe Photoshop. Jadi, En Akmal sebagai tutor sibuk mengajar kami cara-cara untuk menggunakannya.
Melalui pendedahan tentang penggunaan Adobe Photoshop secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan dan kemahiran baru buat kami. Setidak tidaknya, hasil kalendar kami ini dapat merakan memori indah sepanjang berada di Universiti Putra Malaysia 💕





















BBM3410Satu2019: Vlog Makanan (Serdang Cendol UPM)

Hi dan assalamualaikum semua!

Posting kali ini merupakan yang terakhir untuk semester 7. Vlog makanan ini turut melibatkan kehadiran rakan-rakan saya iaitu Faizah dan Hafizah. Kami memilih lokasi di sekitar Muzium Warisan Melayu @ Sanggar UPM untuk merekod cara pembuatan cendol. 

Siapa yang belum rasa lagi Cendol UPM ini, bolehlah kunjungi gerai ini. Jangan risau, sebab harga cendol semua murah-murah je. Sebelum itu, marilah singgah ke laman youtube saya. Tonton, like dan jangan lupa subscribe! 😘





Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu2019: Video 15 (One Shot Three Layer)

Assalamualaikum semua!

Tugasan pada minggu ini, kami dikehendaki untuk melakonkan bagi video one shot three layer di tempat umum berdasarkan lagu yang diberikan sendiri oleh Prof Normaliza. Lagu yang bertajuk "Saya Tahu" merupakan ciptaan asal Universiti Putra Malaysia. Nak dengar tak lagu hak milik UPM sendiri? Okay, jom tekan link di bawah. Jangan lupa sedekahkan like dan subscribe anda hehe, terima kasih 💘

Lokasi Penggambaran:
1. Medan Selera Taman Tasik, Sri Serdang
2. Kaki Lima Pasar Raya Borong Big, Sri Serdang





BBM3410Satu2019: Video 14 (Tragedi dan Seram)

Kasihan si anak tiri (Mira), sudahlah kehilangan ayah tercinta bertambah pula malangnya apabila menjadimangsa dera mama dan adik-beradik tirinya. Adakah kebenaran dan kemenangan berpihak kepada Mira atau sebaliknya. Apkah pengakhirannya? Ha tertanya-tanya bukan, cepat-cepat tekan link di bawah. Terhangat di pasaran ni! 😝

Amaran: Istighfar banyak-banyak, kuatkan diri sebelum tonton video kami 👻

Lokasi Penggambaran: 
1. Kolej 12
2. Surau Kolej 12




BBM3410Satu2019: Video 13 (Serbuk Pencuci Baju)

Hi semua!

Jadi, tugasan dalam kelas hari ini adalah secara berpasangan (dalam kumpulan) perlu menghasilkan produk serbuk pencuci baju yang unik. Jadi, Wakanda Production telah menghasilkan enam jenis serbuk pencuci baju dengan kelebihan yang pelbagai. Nak tengok hasil lukisan produk kami (Pelajar BLM) haha, jom tekan link di bawah 👀

Lokasi: Bilik Kuliah Falimbani (FBMK)





BBM3410Satu2019: Video 12 (Vlog Temubual Pensyarah & Pelajar)

Selamat pagi!
okay, tugasan minggu ini ialah kami dikehendaki untuk menemubual seorang pensyarah dan seorang pelajar (selain daripada yang mengambil subjek BBM3410). Jadi, Wakanda Production telah menemubual Dr. Zuraini dan pelajar BioTech yang bernama Atikah.

Sebelum tugasan ini dilaksanakan, Prof memberi tunjuk ajar tentang bagaimana teknik untuk merekod sesi menemubual yang akan dijalankan kemudian. Jadi, sepanjang ditemubual kami harus memaklumkan terlebih dahulu kepada Dr. Zuraini dan pelajar supaya menumpukan kepada penemubual dan tidak perlu melihat kepada kamera. Malah, penemubual juga harus berada pada kedudukan bersebelahan dengan kamera. Selain itu, kamera tambahan juga diperlukan bagi tujuan merekod suasana bilik pensyarah.

Anda kenal Dr. Zuraini ? Jadi jomlah luangkan masa untuk tonton, like dan subscribe video kami. Terima kasih daun keladi, nanti like lagi hiks! 💕

Lokasi Penggambaran:
1. Bilik pensyarah (FBMK)
2. Kolej 12 


 

BBM3410Satu2019: Video 11 (Fokus)

Eeeeeeeeeeee sumpah tak pandai berlakon jadi cacat hahaha! Ikutkan sahaja, saya redha 😂

Video kali ini lain daripada yang sebelum ini. Luar biasa jugaklah, sebab kena berlakon tapi jangan bagi nampak muka. Haa macam mana tu? Sangat besar ye tugas yang memegang kamera dan merekod tu. Syabas Wani huhu. Jadi, Wakanda Production memilih untuk memfokuskan pada tangan sahaja iaitu tangan si cacat. Macam tak jadi je cacat tu, aiyoo haha. Jom tonton! Sila tekan link di bawah, dan jangan lupa like dan subscribe. TQ!

Lokasi Penggambaran: 
1. Dewan Putra 2
2. Kedai runcit Rashid (Cafe Serumpun)




BBM3410Satu2019: Video 10 (Vlog Konvokesyen UPM 2019)

Hi semua!
Minggu ini UPM akan berlangsungnya Majlis Konvokesyen kali ke-43. Sungguh tersangatlah teruja haha, ambil aura sikit untuk Konvo 2020 hiks! 😁

Untuk tugasan ini,kami akan membuat seperti ala-ala Vlog yang akan memperkenalkan UPM dan FMBK terlebih dahulu sebelum memaparkan  episod Konvokesyen. Dalam tugasan ini, kami dikehendaki untuk menemubual dua ibu bapa dan dua pelajar. Memandangkan Prof sudah maklumkan pada kami bahawa beliau akan ada pada majlis Konvokesyen pada hari ahad 17.11.2019 pada jam 2.30 sehinga 4.30 petang, jadi apalagi semua pakat turunlah pada hari itu sebab nak bergambar. Keluar je Prof dari Dewan Besar, bersorak lah kami. Sumpah, macam artis tahu Prof waktu tu hahaha. Semua pakat tengok kot, hehe terbaiklah Prof! 💪😘





Lokasi penggambaran: 
1. Pintu masuk UPM
2. FBMK
3. Perpustakaan Sultan Abdul Samad
4. Dewan Besar
5. Bukit Ekspo





BBM3410Satu2019: Video 9 (One Shot Three Layer)

Assalamualaikum dan selamat pagi!

Kali ini menyentuh pula mengenai tugasan one shot three layer yang mana, Prof kata kena ada background belakang yang semula jadi bergerak. Sebagai contoh, penggambaran dilakukan berhadapan atau bersebelahan degan jalan raya. Jadi semestinyalah akan ada kenderaan yang lalu lalang bukan? Ataupun pokok yang bergoyang ditiup angin, kucing lalu dan sebagainya. Tak kisah apa-apa pun, cuma pastikan background itu bergerak. Thats all!

Seperti biasa penyanyi dan pelakon yang akan memainkan peranan supaya lagu yang dinyanyikan itu dapat difahami jalan ceritanya. Jadi, untuk video kelapan ini kami memilih lokasi di KAA, yang berlatarbelakagkan kenderaan yang lalu lalang. Jom luangkan masa anda untuk tonton video kami. Oh ye, like dan subscribe juga jangan lupa ya! 💖

Lokasi Penggambaran: KAA, UPM




BBM3410Satu2019: Video 8 (One Shot Two Layer)

Hi semua, sihat ke ?

Untuk tugasan kali ini, aku nak cerita sedikit mengenai jalan cerita video one shot two layer ni. Apa yang dikatakan sebagai one shot two layer ialah, penyanyi berada di hadapan manakala di belakang penyanyi wujudnya kehadiran watak-watak  yang berlakon untuk mengetengahkan jalan cerita sesuai dengan lirik lagu tersebut. Dalam erti kata yang lain, pelakon di bahagian belakang yang akan memainkan peranan seakan menceritakan situasi lirik yang dinyanyikan oleh si penyanyi. Ha faham tak? 

Jadi, dalam video kali ini kami menampilkan watak si anak/kakak yang bersikap kurang ajar terhadap ibunya. Si adik pula cuba untuk menyedarkan kakaknya bahawa apa yang dilakukannya adalah suatu tindakan yang salah. Hati si ibu pula sudah terguris tatkala itu. Lalu, si kakak dan dibantu oleh si adik saling berusaha untuk memujuk ibu yang sedang lara. Pengakhiran cerita ini ialah apabila si ibu tersentuh melihatkan anaknya yang sedang berdoa lalu, hubungan ketiga-tiga mereka kembali pulih.

Menarik bukan? Lagi seronok kalau kawan-kawan tengok video kami. Jadi, jangan lupa like dan subscribe sekali tau 💗 

Lokasi Penggambaran: Anjung, Serumpun




BBM3410Satu2019: Video 7 (One Shot)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Baiklah, untuk minggu ini kami dikehendaki untuk video one shot. Uniknya tugasan kali ini ialah, sepanjang merekod camera tidak dibenarkan untuk bergerak dan yang dibenarkan  bergerak adalah kami haha. Siapa kata senang nak buat one shot ni, banyak kali retake sampailah untuk yang kesekian kali tu masing-masing dah hafal time nak masuk dan keluar. Lokasi penggambaran kami di Sanggar Kolej 12. 

Oh ye, untuk pemilihan lagu pula sangatlah kena dengan situasi kami yang sudah berada di penghujung semester. Lagu yang bertajuk "Mulanya Disini" mempunyai lirik yang sangat bermakna. Meh saya nyanyi sikit, 


Sama sama menjejak mimpi,
Sama sama mencari dan menanti,
Segalanya direstui cinta sejati

Sama sama gunung didaki,
Sama sama turun ke lembah sepi,
Suka duka bersama dirasai





BBM3410Satu2019: Fotografi 6 (Flat Lay Individu)

Assalamualaikum semua! Hari ini hati banyak senang lah hehe,

Sebab apa ye ? Sebab tugasan individu kali ini Prof bagi masa yang panjang untuk kita selesaikan. Al maklumlah cuti pertengahan semester kan. Jadi, alang-alang menyeluk pekasam baik kita selesaikan sahaja tugasan ini di rumah. Eh memandai je aku ubah peribahasa tu 😅

Haa apelagi, jom balik kampung! dan minta mak masak yang sedap-sedap demi nak ambil makanan Flat Lay hehe 😜 Bukan satu dua makanan je tahu, kena ada 11 menu makanan dan diambil dari empat sudut iaitu Flat Lay, Half Flat Lay, Quarter Flat Lay dan Zero Flat Lay. Jom tengok makanan apa yang best dekat Perak!


Lokasi Penggambaran:
1. Sanggar FMBK, UPM
2. Kampung Sentang, Batu Gajah
3. KFC, Batu Gajah





BBM3410Satu2019: Fotografi 5 (Flat Lay Kumpulan)


Hi semua! kembali lagi bersama saya anak Acik Wan, eh hahaha 😝

Semasa dalam kelas, Prof ada beri tunjuk ajar teknik yang betul untuk ambil gambar posisi Flat Lay, Half Flat Lay, Quater Flat Lay dan Zero Flat Lay. Jadi kami perlu memfokuskan setiap posisi itu terhadap manusia, barang, makanan, minuman dan lagi satu adalah bebas (kreatif). Jadi, nak tengok berhasil atau tidak gambar Flat Lay yang kami ambil, tekan sahaja link di bawah. Mudah bukan? Ringan-ringankan tangan anda untuk menderma like dan jangan lupa subscribe juga ya! Terima kasih💋


Lokasi Penggambaran: 
1. Dewan Besar UPM
2. Anjung Serumpun
3. Kolej 12




BBM3410Satu2019: Fotografi 4 (Simpulan Bahasa)


Oh ye, dalam minggu ni sebenarnya Prof beri kami dua tugasan iaitu yang pertama adalah tugasan potrait dan swafoto dan yang kedua ialah ambil gambar sesuai dengan simpulan bahasa yang telah dipilih. Sebelum itu, Prof sendiri meminta setiap ketua kumpulan untuk hadir ke hadapan bersama-sama untuk bergilir-gilir memilih simpulan bahasa. Jadi, agak kelam kabut juga sebenarnya nak mencari, sebab kita kena ambil kira juga bagaimana hendak mengayakan simpulan bahasa tersebut. Selesai sahaja semuanya, bermakna setiap kumpulan akan ada 10 jenis simpulan bahasa yang semestinya saling berbeza dengan kumpulan yang lain. Kalau kawan-kawan semua nak tahu simpulan bahasa yang Wakanda Production pilih, jom tonton video kami! 😄

Lokasi Penggambaran:
1. Anjung Kolej 12
2. Blok P3, Kolej 12
3. Medan Selera, Sri Serdang





BBM3410Satu2019: Fotografi 3 (Potret & Swafoto)

Kembali lagi bersama saya! hahaha

Okay, untuk tugasan minggu ini Prof minta kami untuk ambil gambar potrait dan swafoto. Kesemua gambar ini harus diambil dengan menggunakan rule of third. Bagi gambar potrait, setiap ahli kumpulan harus mempunyai gambar potrait dengan gaya masing-masing (ala model gitu), dan untuk gambar swafoto pula haruslah diambil dengan kreatif. Sebagaimana tugasan sebelum ini, setiap hasil haruslah dimuatnaik ke dalam laman Youtube. Jadi apa lagi, marilah tonton video daripada Wakanda 
Production. Jangan lupa like dan subscribe ye kawan-kawan! 👍


Lokasi Penggambaran:
1. Tasik Serumpun
2. FBMK, UPM
3. Anjung Kolej 12
4. CALC, UPM




BBM3410Satu2019: Fotografi 2

Hi dan assalamualaikum semua!

Jadi untuk tugasan minggu ini, kami diminta untuk mengambil gambar pemandangan, silhouette, kabur, pendua, dan bayang. Gambar yang diambil kemudiannya perlu dihasilkan dalam bentuk video supaya boleh dimuatnaik ke laman Youtube. Ini merupakan tugasan pertama yang mana memerlukan kami untuk memuatnaik video ke laman Youtube dengan menggunakan akaun youtube kumpulan (Wakanda Production). Melalui tugasan ini, kami dikehendaki untuk meletakkan kredit kepada penyanyi dan lagu yang dipilih bagi mengelakkan daripada di band oleh pihak Youtube. 


Lokasi Penggambaran:
1. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
2. Kolej serumpun, UPM
3. IOI City Mall
4. Bukit Kluang, Terengganu









BBM3410Satu2019: Screenshot Like & Komen di Instagram

Hi semua! Jadi, ini adalah keseluruhan gambar dan posting yang Prof ada like dan komen. Terima kasih Prof Normaliza dan juga Dr Aliaa kerana sudi meluangkan masa like dan komen gambar kami. Saya hargainya, tak tergambar betapa sukanya saya bila dapat notification Prof dengan Dr Aliaa like dan komen. Ibarat macam artis yang like kot haha sayang Prof Normaliza! 💕










Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 12

Post 1: Prof kata post gambar sama seperti emoji. Unik betul idea Prof kan setiap kali nak bagi tugasan Ig ni. Jadi, aku suruhlah adik aku ni buat gaya macam emoji senyum tutup mulut tu. Macam kekok je gaya dia, haha anggap jadi ye Prof 😂




Post 2: Untuk post yang kedua, Prof kata kena post gambar selfie dengan Prof, nasib baiklah viva haritu sekali dengan Prof. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Sambil bentang viva, sambil tu kita selfie lah kan Prof hehe. Cantik Prof ni siap berkaca mata lagi tu 😎



Lokasi: 
1. Kampung Sentang, Batu Gajah
2. Makmal Pidato, FMBK UPM



BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 11

Post 1: Minggu ini, Prof minta kami untuk post gambar ibu masing-masing dan perlu letakkan caption berkaitan perbualan dengan ibu. Mula-mula bagi aku perbualan ni kelakar, ye lah mak tak bagi aku duduk bawah ketiak dia. Eh mak ni, biarlah orang nak duduk situ. Wangi kot huarghhhh 😂😭



Post 2: Istilah keberkatan bagi aku mudah saja. Sebelum hendak buat apa-apa, pastikan minta izin dahulu daripada mak dan ayah. Sebagai anak, kita kena tahu tanggungjawab kita. Rajin-rajinkan lah tolong mak dan ayah, InsyaAllah dalam kehidupan akan datang, Allah akan permudahkan 💗





Lokasi:
1. Kampung Ara Payung, Batu Gajah
2. Puchong, Selangor

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 10

Post 1: Kali ini, Prof bagi tugasan untuk post gambar kelegaan. Waktu tu, apa yang terlintas dekat fikiran aku kelegaan ni sesuai lah kalau tengah haus. Jadi, inilah gambar saya yang tengah haus teh ais, dan bila dah dapat tu fuh! lega terus haha 😄





Post 2: Gambar aku dengan adik-adik sudah cukup bagi aku untuk menggambarkan kegembiraan. Tak pernah lah tak gembira bila dengan mereka bertiga ni. Ada sahaja kerenah mereka yang menghiburkan hati. Sayang sangat kat budak-budak ni haha 💘





Lokasi: Kampung Sentang, Batu Gajah


BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 9

Post 1: Oleh sebab kali ini Prof bagi hashtag ketenangan, jadi saya cuba memperlihatkan unsur ketenangan itu dengan pemandangan tasik, pohon-pohon yang menghijau dan dihiasi dengan langit yang membiru. Suasana yang tenang dan damai tanpa hiruk-pikuk manusia sangat memerlukan ketika diri ini terasa terlalu banyak bebanan yang harus dipikul. Semoga tabah wahai Syazana!





 Post 2: Untuk posting yang kedua pula, Prof kata gambar kena menunjukkan unsur keredhaan. Jenuh jugalah nak memikirkan bagaimana gambar yang melambangkan keredhaan ni. Tiba-tiba terlintas nak buat gaya macam tak cukup duit nak beli teh ais hahaha! Redha sangat bila tak dapat beli ais 😜






Lokasi: Bukit Ekspo, UPM

BBM3410Satu2019: Minggu 4 Asas Fotografi

Untuk posting kali ini, Prof minta kami untuk upload gambar masing-masing sedang buat kerja untuk tugasan asas fotografi. jadi, kami pun bergilir-gilir memainkan peranan untuk dapatkan sebuah gambar over the shoulder yang cantik dan menepati ciri-ciri yang Prof nyatakan. Sampai berkerut-kerut kening tu untuk dapatkan sisi bahu Faizah dengan cuaca panas teriknya. Terima kasih Wani sebab payungkan saya hehe 💋

Lokasi: Kolej 12, Serumpun UPM


BBM3410: Minggu Satu Multimedia

Minggu pertama selalunya pelajar masih lagi chill dan relax. Tapi untuk subjek Multimedia dalam Bahasa ni, minggu pertama lagi Prof dah bagi tugasan. Bukan biasa-biasa tau subjek Multimedia ni, hahaha. Okay, untuk tugasan pertama Prof meminta kami untuk membuka akaun Instagram. Apalagi, semua pakat buat akaun Ig yang baru 😂 Kemudian, untuk post yang pertama kami diminta untuk post gambar sendiri tetapi gambar itu haruslah dengan aksi yang tidak disengajakan. Macam post aku kat bawah ni, aku pun tak tahu gaya apa sebenarnya yang aku cuba buat 😝

Lokasi: Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak




BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Semestar akhir kian berlalu. Detik masa seakan pantas bergerak. Berbaki lagi beberapa minggu untuk kita nikmati momen bersama sebagai seor...