Tuesday, December 17, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat


Semestar akhir kian berlalu. Detik masa seakan pantas bergerak. Berbaki lagi beberapa minggu untuk kita nikmati momen bersama sebagai seorang pelajar degree Universiti Putra Malaysia, sebagai seorang rakan, dan sebagai seorang anak didik.

Semestar 7 (2019/2020) banyak mengajar aku erti mengejar masa, terlalu banyak tugasan yang menghimpit sehinggakan mudah saja diri ini untuk mengalah. Semestar ini paling mencabar, paling tertekan, paling banyak merungut mengeluh, dan kadang kala di akhiri dengan sebuah tangisan yang menyimpan beribu perasaan.

Namun, semestar akhir ini juga banyak mengajar aku erti persahabatan, bekerjasama, dan bertolak ansur. Tambah lagi untuk subjek Multimedia dalam Bahasa. Tak terhitung tugasan yang diberikan oleh Prof. Tapi dalam tak sedar, satu persatu tugasan dapat kami sempurnakan. Walau berselisih pendapat, saling salah menyalah tetapi Allah permudahkan jua urusan kita semua. Terima kasih Wakanda Production 💖

Jujur, akan tiba suatu hari itu nanti pasti aku akan terkenangkan memori ini. Dalam kelas inilah aku mula mengenali insan yang bernama Prof Normaliza, En Akmal dan Mad Nor. Almaklum lah Mad Nor ni junior kami. Tapi alhamdulillah, dia tak pernah menghampakan kami. Orangnya mudah dibawa berbincang. Apa yang kami minta, dia okay kan sahaja.

Dan percayalah antara tugasan Multimedia dengan PITA, aku lebih selesa dan terbuka hati untuk melaksanakan tugasan amali Multimedia. Dalam waktu yang suntuk begini, aku masih memilih multimedia berbanding memilih untuk menyiapkan PITA. Aduhai syazana.

Walau apa pun, aku hargai episod suka dan duka semestar 7. Sebab aku tahu episod ini bakal jadi yang terakhir dalam hidupku. Terima kasih Prof Normaliza dan rakan rakan, tanpa kalian siapalah aku 💝

9.12.2019 - kelas terakhir kami bersama Prof kesayangan




BBM3410Satu2019: Kalendar 2020

Hi semua! Assalamualaikum,

Kali ini, Prof beri tugasan kepada kami untuk membuat kalendar 2020 dengan menggunakan Adobe Photoshop. Jadi, En Akmal sebagai tutor sibuk mengajar kami cara-cara untuk menggunakannya.
Melalui pendedahan tentang penggunaan Adobe Photoshop secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan dan kemahiran baru buat kami. Setidak tidaknya, hasil kalendar kami ini dapat merakan memori indah sepanjang berada di Universiti Putra Malaysia 💕





















BBM3410Satu2019: Vlog Makanan (Serdang Cendol UPM)

Hi dan assalamualaikum semua!

Posting kali ini merupakan yang terakhir untuk semester 7. Vlog makanan ini turut melibatkan kehadiran rakan-rakan saya iaitu Faizah dan Hafizah. Kami memilih lokasi di sekitar Muzium Warisan Melayu @ Sanggar UPM untuk merekod cara pembuatan cendol. 

Siapa yang belum rasa lagi Cendol UPM ini, bolehlah kunjungi gerai ini. Jangan risau, sebab harga cendol semua murah-murah je. Sebelum itu, marilah singgah ke laman youtube saya. Tonton, like dan jangan lupa subscribe! 😘





Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu2019: Video 15 (One Shot Three Layer)

Assalamualaikum semua!

Tugasan pada minggu ini, kami dikehendaki untuk melakonkan bagi video one shot three layer di tempat umum berdasarkan lagu yang diberikan sendiri oleh Prof Normaliza. Lagu yang bertajuk "Saya Tahu" merupakan ciptaan asal Universiti Putra Malaysia. Nak dengar tak lagu hak milik UPM sendiri? Okay, jom tekan link di bawah. Jangan lupa sedekahkan like dan subscribe anda hehe, terima kasih 💘

Lokasi Penggambaran:
1. Medan Selera Taman Tasik, Sri Serdang
2. Kaki Lima Pasar Raya Borong Big, Sri Serdang





BBM3410Satu2019: Video 14 (Tragedi dan Seram)

Kasihan si anak tiri (Mira), sudahlah kehilangan ayah tercinta bertambah pula malangnya apabila menjadimangsa dera mama dan adik-beradik tirinya. Adakah kebenaran dan kemenangan berpihak kepada Mira atau sebaliknya. Apkah pengakhirannya? Ha tertanya-tanya bukan, cepat-cepat tekan link di bawah. Terhangat di pasaran ni! 😝

Amaran: Istighfar banyak-banyak, kuatkan diri sebelum tonton video kami 👻

Lokasi Penggambaran: 
1. Kolej 12
2. Surau Kolej 12




BBM3410Satu2019: Video 13 (Serbuk Pencuci Baju)

Hi semua!

Jadi, tugasan dalam kelas hari ini adalah secara berpasangan (dalam kumpulan) perlu menghasilkan produk serbuk pencuci baju yang unik. Jadi, Wakanda Production telah menghasilkan enam jenis serbuk pencuci baju dengan kelebihan yang pelbagai. Nak tengok hasil lukisan produk kami (Pelajar BLM) haha, jom tekan link di bawah 👀

Lokasi: Bilik Kuliah Falimbani (FBMK)





BBM3410Satu2019: Video 12 (Vlog Temubual Pensyarah & Pelajar)

Selamat pagi!
okay, tugasan minggu ini ialah kami dikehendaki untuk menemubual seorang pensyarah dan seorang pelajar (selain daripada yang mengambil subjek BBM3410). Jadi, Wakanda Production telah menemubual Dr. Zuraini dan pelajar BioTech yang bernama Atikah.

Sebelum tugasan ini dilaksanakan, Prof memberi tunjuk ajar tentang bagaimana teknik untuk merekod sesi menemubual yang akan dijalankan kemudian. Jadi, sepanjang ditemubual kami harus memaklumkan terlebih dahulu kepada Dr. Zuraini dan pelajar supaya menumpukan kepada penemubual dan tidak perlu melihat kepada kamera. Malah, penemubual juga harus berada pada kedudukan bersebelahan dengan kamera. Selain itu, kamera tambahan juga diperlukan bagi tujuan merekod suasana bilik pensyarah.

Anda kenal Dr. Zuraini ? Jadi jomlah luangkan masa untuk tonton, like dan subscribe video kami. Terima kasih daun keladi, nanti like lagi hiks! 💕

Lokasi Penggambaran:
1. Bilik pensyarah (FBMK)
2. Kolej 12 


 

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Semestar akhir kian berlalu. Detik masa seakan pantas bergerak. Berbaki lagi beberapa minggu untuk kita nikmati momen bersama sebagai seor...