Jadi kelas amali Multimedia dalam Bahasa pada petang ini akan mengulas buku yang ditulis sendiri oleh Prof. Normaliza.
Dalam bab 1 ini menyentuh kepada definisi wacana, dan pengkategorian aspek yang terdapat dalam wacana iaitu, dari aspek sosiologi dan aspek linguistik. Malah, wacana juga boleh terdiri daripada dua bentuk penglahiran idea atau maklumat melalui penulisan atau secara lisan. Manakala, dalam bab 2 pula lebih menyentuh mengenai teori dan pendekatan wacana. Teori analisis wacana ini dapat dilihat melalui 5 teori yang diperkenalkan oleh Brown & Yule, Stubbs, Vandijk, dan Normaliza Abd Rahim. Dalam teori analisis wacana yang diperkenalkan oleh Normaliza Abd Rahim ini terdiri daripada tiga elemen yang diberikan penekanan iaitu dari aspek kandungannya, konteks dan andaian. Dalam bab 3 pula, berkaitan dengan analisis wacana tekstual dan ujaran yang terdiri daripada 3 kajian antaranya, kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Ketiga-tiga kajian ini meneliti tentang nilai sosial yang terkandung dalam lirik lagu, cerita sosial dan ujaran kanak-kanak autisme.

Seterusnya, dalam bab 4 iaitu berkenaan dengan
strategi komunikasi yang diperlukan supaya penyampaian sesuatu mesej itu dapat
disampaikan dengan cepat dan berkesan. Komunikasi turut melibatkan penggunaan
bahasa isyarat atau bahasa badan. Manakala, bab 5 yang berkaitan dengan
taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi pula dapat dilihat dalam 5 elemen iaitu
pengelakan, parafrasa, pemindahan secara sedar, meminta pertolongan dan
mimikan. Bab 6 pula melibatkan analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak
di mana seramai sepuluh pelajar sekolah rendah dijadikan sebagai sampel kajian.
Terdapat 16 pendekatan strategi komunikasi iaitu singkatan, perkataan baharu
tiada makna, penafian, percanggahan, persoalan, pengulangan, pembetulan kendiri
dan sebagainya. Bab 7 pula yang lebih tertumpu kepada cadangan kajian akan
datangyang memfokuskan kepada kajian mengenai bahasa isyarat, bahan bercetak,
serta bahan elektronik dan media sosial. Implikasi daripada penghasilan buku
ini dapat memberi maklumat dan pendedahan baharu khususnya kepada para pelajar
mengenai wacana, strategi komunikasi, dan antara kajian yang boleh dilakukan
pada masa hadapan kelak.
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana
dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu